Aimie Farzana
About;
Aimie Farzana // 19

Shout here;

Recent post;
Blog Archieve

Followers;
Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by YOUR NAME.

Produk kecantikan bahaya?
Tuesday, March 29, 2016 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim.
food, kinder, and strawberry image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengujung setia blog aimi ni ( eh ada ke? )

Topik aimie hari ini ialah berkaitan produk kecantikan yang dijual secara berlambak-lambak di pasaran . Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. produk - produk ni menjadi kegilaan wanita dan pemuda pada masa kini tanpa menyedari akibat kesan buruk atau bahaya yang akan ditimpa mereka. contoh produk-produk kecantikan ialah Qu Puteh , Aurawhite , Kcolly, Syma beauty , BVRC, Dianz vitamin , Perla coffee , Perla  dust , dan pelbagai lagi termasuk produk dari negara jiran seperti Thailand , China dan Indonesia.

Jujurnya aimie pon pernah try beberapa produk  Maklumlah saya wanita juga. Tapi bila kena nasihat kaw-kaw dengan family aimie terdetik nak berkongsi hal ni. Sapa yang tak kecewa bila kita dihalang untuk pakai atau makan produk-produk ni. Tapi aimie sedar yang family aimie sayangkan aimie sebab mereka banyak makan garam dari aimie.

Apa yang aimie nak sentuh. Kita selidik tak Tuan punya pencipta produk? Ok. Ade satu produk tu, aimie tak nak sentuh nama , tapi dia ada gelaran doktor dalam bidang biologi maksudnya PHD. But aimie selidik-selidik ijazah dia adalah ijazah kesusateran melayu ( bahasa ) dan macam mana boleh sambung PHD dalam bidang biologi padahal degree dia lain bidang tersasar jauh. Universiti tempat beliau belajar pon aimie check tapi kebanyakan hasil yg keluar dari google search mengatakan universiti tu tak wujud dan cuma jual ijazah. Macam mana tu ya? Terjaminkah produk itu?

Ada yang jual produk kecantikan tahap SPM sahaja dah cipta. Bukanlah nak menghina tapi cuba kita fikir logik-logik adakah dia ada asas dalam bidang tersebut? I mean baik buruk akibatnya. Senang ceghita Sesiapa sahaja boleh cipta produk >,<
( Ni produk dari thailand contoh )
Tak adalah sekarang ni banyak produk bekesan tak sampai dua minggu? Apa kandungan bahannya? Adakah kau yakin apa  yang dipaparkan bahagian ingredient semua tepat? Kau tahu keadaan kilang? Kesihatan pekerja dia? Memanglah kesan dia cepat tapi kesan jangka panjang? Aspek kesihatan kita?

Aimie bukanlah nak tutup periuk nasi orang tetapi...  BERAPA BANYAK WANITA YANG CANTIK TAPI MANDUL? Aimie tak bermaksud yang  produk-produk dijual ini semua mengakibatkan mandul. Tapi kebanyakkan boleh dan berpotensi menyebabkan mandul. Ok ni Contoh yang terdekat.
Maksu Aimie cerita ramai kawan dia yang mandul akibat suka makan produk. Yang dahulanya gelap tapi kini putih melepak. Then tak ada anak walaupun mereka dah bertahun-tahun  kahwin. For me Allah tarik nikmat anak ganti dengan nikmat kecantikan. Ramai tau sekarang wanita mandul sebab produk kecantikan.
Lagi satu ialah produk kecantikan mengakibatkan penyakit bahaya seperti penyakit kerosakan buah pinggang dan paling menakutkan adalah kanser.
Contoh paling terdekat bagi aimie ialah auntie N ( mak sedara aimie) , Pada tahun sekitar 2003/2004 terdapat pelbagai produk kecantikan yang laris di pasaran. Auntie N pakailah satu produk tutttt... Tak lama kelamaan beliau disahkan kanser. Tak silap aimie menurut cerita Ummi Aimie  produk yang dimakan auntie N mengaktifkan sel kanser. Beliau terpaksa menjalani pembedahan bagi buang sel kanser serta beberapa anggota tubuh badan dan kimioterapi.
Kesimpulannya

Pada pendapat aimie buat apa kita nak membahayakan diri dengan memakan produk kecantikan yang kita taktahu asal usul, keadaan kilang, kesan sampingannya. Bersyukurlah apa yang Allah dah beri dari membahayakan diri. Sekurang-kurangya kita diberi tubuh yang lengkap dan sihat. kenapa kita nak bahayakan diri?  Kalau nak pakai jugak. Kaji dulu betul-betul , siapa tuan dia? Ada guarantee tak? Apa alamat dia ? no telefon. Senang nak contact bila ada masalah. Macam aimie cakap biar kesan produk lambat tetapi selamat.

Aimie prefer produk pakai pada kulit daripada makan. Bila kita makan kita tak nampak kesan buruk dia dalam badan , kita cuma nampak bila dah taha kritikal. Better pakai pada kulit instead makan.

Mana yang awak nak . Cantik ke sakit ? Pilihan di tangan masing-masing. Jangan menyesal di kemudian hari.

Labels: , , , , ,



Allhamdullilah Ya Allah.
Saturday, March 5, 2016 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim.
college, hard, and study image
Assalamualaikum wbt. Hari ni aimie nak berkongsi cara semak kelayakan di IPTA. Woahhh. Result SPM dah dapat. Allhamdullilah . Aimie masih boleh mohon asasi sains dan matrikulasi walaupun tak straight A. Allhamdullilah syukur lepas juga syarat kelayakan. Cet. Berapa A? Seganlah.... Tak banyak mana, tapi tak ada gagal addmath haha... fuhhhh. Allhamdullilah.

Allhamdullilah. Mak2 sedara semua bagi kata-kat positif. Allhamdullilah orang sekeliling cukup memotivasikan aku. hahaks. Adik aimie yang no 2 ni pandai banyak gila daripada Aimie. Hahaha. Kfine sedih. Tapi tak apa kita kena sentiasa positif. Sebab kita dah bertungkus lumus kan? Dunia sementara . Akhirat selamanya beb
( nampak tak tahun sebelum ni gred rendah huhu )
 Lagipun tahun ni tahun paling teruk SPM. Seperti yang aimie jangka sebab sekarang ni nak cari kualiti straight A daripada kuantiti. Kalau tahun sekitar 2007 -2013 A- adalah dlm lingkukan 60. Memang senang lah kan.  Tak silap aimie 2011 ada 15000 straight A, 2016 ada 9000. Nampak tak. Tak silap aimie banyak biasiswa kena potong utk tampung pelajar memang diketatkan lagi lah syarat penandaan. :D

Korang semua doakanlah aimie dapat mana-mana asasi.Aminnn.. huwaaaa...  Emak aimie minta mohon farmasi macam tu juga ayah. tak pelah ikut jelah . Pilihan mak pak, mesti terbaik. Kawan-kawan aimie ramai yg ikut pilihan dan kerjaya parents. Ada yang kawan aimie ayah dia kerja accountant dia yg applykan anak dia accountant, hahaks. Ada yang ayah dia bussines ayah dia minta ambil kaitan bussiness? Aimie tak kut. Ayah suruh adik aimie yang lelaki pilih kerjaya macam ayah. hahahaks,


Oh lupa aimie nak share cara semak kelayakan bidang atau yang kita nak ambil di IPTA. meh sini aimie nak story .
Klik link ini http://imascu.upu.mohe.gov.my/
Lepas tu bagi nama , IC , no telefon , Kategori.
Lepas tu isi keputusan hampa semua na,...
Akhir sekali dia keluaar lah hang layak tak course di UIA, UM dan sewaktu dengannya.

Selamat berjaya kalian,  byeeeee


kaiwufvn