May 2016 - Aimie Farzana

May 15, 2016

Angan-anganku

May 15, 2016 COMMENTS 5
Angan-anganku
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dear readers.
coffee, drink, and food image
Ceh topik kita hari ini agak panas. My dream guy atau lebih tepat My dream future husband cia-cia. Selalunya apa yang kita nak tak akan dapat tapi banyak-banyakkan lah berdoa kepada Allah, Insyaallah diperkenankan. ecehhhhhh...

Kuat pegangan Agama
Wah.. Memanglah kan sapa tak nak kan kuat agama tapi aimie tak mau lah yang berjanggut panjang, bercelak berjubah setiap hari. Cukuplah tak tinggal solat, puasa, tak warna rambut dan boleh jadi imam dalam solat dan setiap hari wahhhh.

Sedap mata memandang
Aimie bukan jenis memilih dari segi wajah eceh. Tak percaya tanya kawan baik aimie, ex-crush aimie muka macam pecah rumah hahahaha. K, tak adalah pecah rumah aku cuma geram je muka dia adalah mata sepet hidung kembang muka bulat. ahahahaha kejam nya aku... Bagi aku Janji muka dia sedap mak pak dan aimie nengoknya.

Educated / Kerjaya stabil

Kau nak bagi anak bini makan apa jika tak ada kerja? Rezeki memang lah dari Allah. Tapi kita kena usahakan? Hahahaha, bukan nak kaya raya , sederhana . Kalau boleh aimie nak start dari bawah macam parents aimie, awal-awal kahwin tinggal di Flat sepuluh tahun kemudian mampu beli rumah teres sendiri. susah senang bersama kan?

Update 31/8/2019
 Sekarang ni tertarik dengan mereka yang bekerja menggunakan tenaga bukan kerja pejabat HAHAHA. Contoh  ATM, TLDM, Bomba, kemahiran, perkapalan and oil gas  etc HAHAHAHA okey bye. selamat tinggal.

Say no merokok. 
Aimie dibesarkan dalam keluarga tak merokok even pak saudara aimie tak ada seorang pon yang merokok, cuma atok aimie je merokok itu pon dah berhenti sebab doktor kata ada komplikasi pada paru-paru.

Kelakar dan banyak cakap
Ni memang aimie nak, hahaha tengok ramai mak saudara aimie suaminya tak banyak cakap dan aimie rasa macam depa cakap sorang-sorang je. Well aimie suka orang kelakar dan banyak cakap sebab tak rasa sunyi tapi orang kata spesis macam tu suka flirt dengan perempuan lain hmmm,

Tinggi
Aimie kategori pendek gemok hahaha. Tinggi cuma 162 cm. hahaha, Kalau boleh nak tinggi senang capai barang , Rasa selamat je dengan orang yang tinggi-tinggi ni hahaha.

Lembut
Not aww aww macam kunyit! Tapi tak manly dan bukan kunyit. Arasso!


love, boy, and quote image
Ciri Tambahan ,Melayu kacuk Thailand atau cina hahaha. Aimie keturunan Thailand mix chinese tapi dah jauh so nak meneruskan darah kacuk kena cari yang kacuk kan? Merepek. Hahaha Atuk  punya parents thailand tapi moyang atuk adalah cina. Nampak tak dah jauh kan yang keturunan cina tu ? Thailand yang paling aimie dekat keturunan ketiga. HAHAHAHA HAMBAR KOT.

Another ciri. Tak mau famous hotstuff atau suka borak dgn Perempuan atau famous insta. Say no to hipster dan seangkatan dengannya.

Lol. Tapi aimie fokus nak capai cita-cita aimie dulu.  Benda macam ni belakang kira. Kejar cita-cita ,bawak umi ayah gi umrah ,beli rumah sendiri dan travel luar negara sorang-sorang. Lambat lah aku kahwin nanti hahaha.

Itu jelah yang aimie rasa ciri jejakan idaman Malaya kan? Hahahaha oklah bye merapu habis. Lagi 3 minggu kat kolej yayasan felda kelana jaya before masuk matrik. Doakanlah aimie dapat asasi untuk hari esok, Aminnn,

Well kat kolej Allhamdullilah dapat classmate yang hilarious dan sporting even kita semua menghadapi krisis besar berkenaan kolej tapi kita boleh lalui bersama, weh. sedih benar. Kalau korang rasa aku pendiam aku bukan pendiam cuma segan dan satu lagi masalah aku ialah aku takut pandang mata orang bila bercakap terutamnya lelaki. Please jangan salah faham yang aimie benci ke tak suka korang ke.

Oklah bye assalamualaikum.