Aimie Farzana: Food
Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Apr 10, 2020

Resepi sambal sardin mudah cepat dan sedap

April 10, 2020 COMMENTS 3
Resepi sambal sardin mudah cepat dan sedap
Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak berkongsi resepi sambal sardin yang sedap dan mudah. Sambal sardin sedap dimakan dengan telur dadar goreng gebu tambah telur masin. Tambahan pula PKP dilanjutkan dari 14 april kepada 28 april. Allahuakbar tidak dapatlah kita berpuasa dan beraya seperti dulu, Allah menarik nikmat kita satu persatu seperti hilang nikmat bermoreh, bertarawikh, pergi bazar dan nauzubillah solat raya . Tahun ini aimie mungkin tak dapat raya bersama keluarga. Bayangkan PKP dilanjutkan. Atuk kat kampung sorang-sorang raya sendirian Allahurabbi.  :(

Resepi Sambal Sardin

Bahan-bahan 
Sardin 2 Tin ( asingkan kuah dan ikan)
3 Bawang kecil
2 Bawang putih
3 batang cili merah
7 biji cili api (kurangkan kalau tak mahu pedas)
Seinci halia 
Separuh Bawang besar (merah) - potong secara mayang

Langkah-langkah
1. Blend bahan yang bewarna merah dan campur separuh cawan air.
2. Goreng ikan sardin yang diasing diatas non-stick frying pan (ikut korang ada yang goreng minyak biasa sikit dalam kuali biasa tapi takut meletup dan melekat)
3. Tumis bahan yang diblend dengan minyak yang dipanaskan , masak sehingga cili tersebut naik minyak .
4. Masukkan kuah sardin ke dalam sambal yang dah naik minyak. Bagi masak sekejap dalam 5 minit.
5. Masuk separuh bawang besar sehingga layu dan peraskan dengan garam serta ajinamoto.

Nov 30, 2017

Review : Mr Dakgalbi Mont Kiara ( Halal ke ?)

November 30, 2017 COMMENTS 5
Review : Mr Dakgalbi Mont Kiara ( Halal ke ?)
Assalamualaikum

Hari selasa lepas , aimie dan kawan-kawan pergi ke Mr Dakgalbi sebab habis Lab Biochemistry awal gitu. Mula-mula kitaorg nak ke bukit bintang then yang bukit bintang tutup so tinggal pilihan yg dekat mont kiara dan setapak / We choose mont Kiara
Actually , bila kami sampai situ terkejut kiri kanan depan belakang semua KEDAI KOREA. Yes semua. Tak silap aimie yg tempat tinggal most korea ada kat ampang tak sangka kat mont kiara pon ada.
( Pekerja bangla tengah goreng-goreng nyum-nyum)
 Mamat korea depan aku selamba minum berbotol-botol soju. Like what baru tengahari ? Waktu tu sis dah cuak , makanan dah hidang  halal ke? I be positive  yang diorang pakai cawan kaca yang kecil tu kitaorang air pakai cawan besi. ( Jom baca explanation halal ke ?di bawah )
( Bekas letak air jenama soju :o )
( Makan dengan kimchi sumpah sedap. I fall in love with it )
 Okey dari segi rasa sedap aimie bagi 4/5. Service pon laju tiptop. Harga agak mahal sikitlah tapi sis okey je.
( See , semua kedai korea weh ni baru sikit gambar)

Bila sampai bilik asrama baru terfikir Mana tahu waktu basuh pinggan tu dia tersekalikan basuh cawan soju dan cawan biasa guna span yang sama ? Aimie rasa nak nanges . Lepas tu tengok ceramah UAI balik tu. ( LINK) Uai kata boleh guna janji basuh . Okey ni more explanation aimie mengenai halal ke guna bekas cawan arak on my previous post . LINK.

Mr Dakgalbi ada sijil persembelihan ayam yang halal ( yg kt internet kita jumpa ), tapi halal jakim tiada sebab sajikan arak even dia kedai Pork Free. Bekas cawan arak bila dibasuh dia jadi bersih tak perlu samak tanah bagai. Apa yang aimie dapat simpulkan kalau syubhah baik elakkan banyak lagi kedai korea yang dapat betul-betul sijil Jakim. Tapi kalau kita rajin basuh balik cawan tu betul-betul boleh je minum hahaha. Even kita pergi hotel pon serve arak ,hmmmm .

Nov 24, 2017

Review : Samyang Cheese hot chicken flavor

November 24, 2017 COMMENTS 3
Review : Samyang Cheese hot chicken flavor
Assalamualaikum
Actually aimie dah lama nak buat review mengenai samyang cheese ini tapi tak mengizinkan dan sekarang baru free sikit. Ni pon pek samyang yang terakhir dalam locker kohkoh. Aimie beli online dekat izatiey_cokelat (instagram) rm 28. Actually kawan aimie cakap beli kat times square lagi murah rm 22. LOL include postage dah rm 35 sumpah menyesal do. FLY rm 13 :(

Honestly Aimie rasa sedap je tapi rasa dia agak berbeza sikit dari yang ori punya, macam lemak-lemak sikit. Ada setengah orang tak suka sebab hilang rasa manis but aimie okey je sbb bukan cerewet mana. Orang kata tak pedas mana but bagi aimie ori ke cheese ke dua-dua pedas bikin gua hampir sembelit  
GAMBAR BY @A.AIMIE 
( Masak cara student hemmm)
Actually waktu kat rumah aimie buat samyang tambah telur , udang dan sotong. Sumpah sedappppp. Kali kedua buat samyang tambah nugget kebetulan ade student buat delivery, makan sambil tengok cerita black sumpah ummmmpphhhh terangkat. 

Samyang ni ada halal dan tak halal, yang tak halal tu mengkome-mengkome tak ada logo halal tau, jangan terconfuse tak pasal-pasal guna lemak minyak babi jeng jeng jeng.

Okeylah byeeeee :')

Aug 8, 2017

Review Spicy Korean Burger

August 08, 2017 COMMENTS 4
Review Spicy Korean Burger
Assalamualaikum semua
Hari ini aimie nak share review spicy korean burger ( malaysia ) yang aimie makan pada  Isnin(31/7) lepas dengan my BFF iaitu syafa dan farzana dan makan di mcdonald puncak alam. Kali pertama drive luar kawasan rumah dah lah banyak lori sebab dlm pukul 3. Tawakal je sis waktu tuuuu
Pedas ngat ngat - Ala2 Asyallie)
Harga bagi set ni tak silap aimie dalam hampir nak ke RM 16 boleh tahan jugak mahal tapi berpatutan kot sebab dpat set air fanta dan kentang yg dipotong nipis.. Seriously burger ni pedas kaw kaw tapi tak sepedas samyang spicy ramen ngehngeh masih boleh dimaafkan but my kawan farz dia tak habis sebab tak tahan pedas.
See sayurnya melimpah-limpah and tissue dekat 6 helai depa bagi)
Sedap lah jugak Spicy Korean Burger ni cuma pedas je kut , kawan aimie kata sos dia macam rasa dan bau tomyam .I agree that the smell and taste seems like tom yam // tpi tak delah mcm tomyam sngat\\

Actually burger ni banyak giler sayur sampai tertumpah-tumpah makan // maybe sebab tu sis cashier bagi banyak tisu XD// mungkin faktor orang korea banyak makan sayur gitu
Apapun aimie bagi 4 bintang daripada 5 bintang!!!
nota kaki :
Semenjak kontroversi cerita the man who dies to live haritu aimie dah kureeengg minat kpop but sis kaki drama as drama melayu jalan cerita lebih kurang ahahaha.  Ada ke patut minum air arak sebelah ada quran.  Pakai Bikini tapi pakai tudung ? Jual beli wanita ? whutttt? nanti aimie update yg korean muslim dia translate apa netizen korea hina islam hewwww . 
Panas sis.
plus how korean react with people that wear hijab. macam2 reaction. most of them full of hate tapi tak semua.
tunggguuu yahhh entry terbaru sister :D