Review : Mr Dakgalbi Mont Kiara ( Halal ke ?) - Aimie Farzana

Nov 30, 2017

Review : Mr Dakgalbi Mont Kiara ( Halal ke ?)

Assalamualaikum

Hari selasa lepas , aimie dan kawan-kawan pergi ke Mr Dakgalbi sebab habis Lab Biochemistry awal gitu. Mula-mula kitaorg nak ke bukit bintang then yang bukit bintang tutup so tinggal pilihan yg dekat mont kiara dan setapak / We choose mont Kiara
Actually , bila kami sampai situ terkejut kiri kanan depan belakang semua KEDAI KOREA. Yes semua. Tak silap aimie yg tempat tinggal most korea ada kat ampang tak sangka kat mont kiara pon ada.
( Pekerja bangla tengah goreng-goreng nyum-nyum)
 Mamat korea depan aku selamba minum berbotol-botol soju. Like what baru tengahari ? Waktu tu sis dah cuak , makanan dah hidang  halal ke? I be positive  yang diorang pakai cawan kaca yang kecil tu kitaorang air pakai cawan besi. ( Jom baca explanation halal ke ?di bawah )
( Bekas letak air jenama soju :o )
( Makan dengan kimchi sumpah sedap. I fall in love with it )
 Okey dari segi rasa sedap aimie bagi 4/5. Service pon laju tiptop. Harga agak mahal sikitlah tapi sis okey je.
( See , semua kedai korea weh ni baru sikit gambar)

Bila sampai bilik asrama baru terfikir Mana tahu waktu basuh pinggan tu dia tersekalikan basuh cawan soju dan cawan biasa guna span yang sama ? Aimie rasa nak nanges . Lepas tu tengok ceramah UAI balik tu. ( LINK) Uai kata boleh guna janji basuh . Okey ni more explanation aimie mengenai halal ke guna bekas cawan arak on my previous post . LINK.

Mr Dakgalbi ada sijil persembelihan ayam yang halal ( yg kt internet kita jumpa ), tapi halal jakim tiada sebab sajikan arak even dia kedai Pork Free. Bekas cawan arak bila dibasuh dia jadi bersih tak perlu samak tanah bagai. Apa yang aimie dapat simpulkan kalau syubhah baik elakkan banyak lagi kedai korea yang dapat betul-betul sijil Jakim. Tapi kalau kita rajin basuh balik cawan tu betul-betul boleh je minum hahaha. Even kita pergi hotel pon serve arak ,hmmmm .

5 comments:

faten.banana said...

Hahahahahahahaha kalau den pun gelabah bila dalam keadaan macam tu ._. lagipun bila orang pandang pun rasa macam takmanis tho takde apa pun :')))

ELFarahin said...

thank you for sharing =)

JohanHarith said...

duhhh pakai tudung elok dah tp mencarut ajet2 hipster plak

Aimie farzana said...

@blackjack87 maaf saya mencarut di post di atas . saya dah delete. saya sedar tu salah :D

Ana Suhana said...

Baru plan nk try mr dakgalbi. Tp sebab xde halal jakim tak jadi pula. Even dia kata halal dr segi penyembeliha. Better lah elak lah kan.